KESIMPULAN
KAJIAN TINDAKAN PPDa
2016
Kesimpulan yang diperolehi daripada Kajian Tindakan PPDa ini ke atas murid-murid perempuan Tahap 2 Sekolah
Kebangsaan Sungai Serdang adalah murid-murid ini telah terdedah dengan
pengetahuan tentang rokok sama ada melalui rakan atau pun ahli keluarga.
Melalui kajian ini juga telah dapat dikenalpasti bahawa terdapat murid-murid
yang ingin mencuba begitu juga dengan responden yang ingin melibatkan diri
untuk merokok pada suatu masa nanti walaupun kebanyakan responden ini
mengetahui bahawa rokok bukanlah sesuatu yang sangat penting untuk menjalani
kehidupan. Namun persekitaran yang melingkungi kehidupan menyebabkan
berkemungkinan untuk terjebak ke kancah merokok adalah terbuka luas. Oleh itu
sebagai sebuah sekolah yang memberi pendidikan dan pembelajaran kepada semua
murid, diharapkan pentadbiran, tenaga pengajar dan seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Sungai Serdang bertindak untuk menghalang gejala merokok di kalangan
murid-murid perempuan Tahap 2 ini dapat dibendung dan dibanteras untuk
melahirkan generasi muda yang berwawasan, berketrampilan, jati diri yang kukuh
serta berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama bangsa dan negara dalam menuju
wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju aman dan makmur .
Disediakan oleh:
………………………………………… ……………………………………..
(NGABDUL BASIR B.
PARDI) (SUHAILA
BINTI SAMAES)
Guru Bimbingan dan
Kaunseling Setiausaha
PPDa
SK Sungai Serdang SK
Sungai Serdang
Disahkan oleh:
……………………………………………….