AJK PPDa dan AJK Kesihatan sekolah telah melaksanakan satu program Anti- Rokok untuk murid-murid dan warga sekolah SK Sungai Serdang. Aktiviti ceramah telah diberi oleh Doktor daripada Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang, Pameran Anti-Rokok pula telah diadakan oleh Pusat kesihatan Klang,BandarBotanic, Klang. Pameran ini diadakan di dalam Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SK Sungai Serdang.
Tajuk ceramah: Tak nak merokok
Dr. Vijaya memberi ceramah
Murid-murid dan guru mendengar ceramah
Murid-murid mengunjungi Bilik PPDa untuk melihat pameran tentang bahaya menghisap rokok
Murid-murid membaca bahan "Brosur" yang dibawa dan dipamerkan
Murid-murid gembira dengan pameran kesihatan yang diadakan
Jururawat daripada Klinik Kesihatan Bukit Kuda turut mengunjungi Bilik PPDa
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Vijaya. Semoga seluruh warga SK Sungai Serdang dan masyarakat menghayati dan menjauhi rokok.