Monday, September 19, 2016

Kesimpulan Kajian Tindakan PPDa SK Sungai Serdang 2016

KESIMPULAN
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2016


Kesimpulan yang diperolehi daripada Kajian Tindakan PPDa ini  ke atas murid-murid perempuan Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang adalah murid-murid ini telah terdedah dengan pengetahuan tentang rokok sama ada melalui rakan atau pun ahli keluarga. Melalui kajian ini juga telah dapat dikenalpasti bahawa terdapat murid-murid yang ingin mencuba begitu juga dengan responden yang ingin melibatkan diri untuk merokok pada suatu masa nanti walaupun kebanyakan responden ini mengetahui bahawa rokok bukanlah sesuatu yang sangat penting untuk menjalani kehidupan. Namun persekitaran yang melingkungi kehidupan menyebabkan berkemungkinan untuk terjebak ke kancah merokok adalah terbuka luas. Oleh itu sebagai sebuah sekolah yang memberi pendidikan dan pembelajaran kepada semua murid, diharapkan pentadbiran, tenaga pengajar dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang bertindak untuk menghalang gejala merokok di kalangan murid-murid perempuan Tahap 2 ini dapat dibendung dan dibanteras untuk melahirkan generasi muda yang berwawasan, berketrampilan, jati diri yang kukuh serta berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama bangsa dan negara dalam menuju wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju aman dan makmur .

Disediakan oleh:                                                                         

…………………………………………                          ……………………………………..
(NGABDUL BASIR B. PARDI)                          (SUHAILA BINTI SAMAES)
Guru Bimbingan dan Kaunseling                           Setiausaha PPDa
SK Sungai Serdang                                                 SK Sungai Serdang



Disahkan oleh:                                              


……………………………………………….