Wednesday, October 14, 2015

Masakan anti dadah aktiviti selepas UPSR

Makanan Berkhasiat

Murid-murid tahun 6 telah mengadakan aktiviti makanan sihat anti dadah. Aktiviti ini diadakan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara murid di dalam menghasilkan menu sihat untuk kebaikan tumbesaran badan. Di dalam aktiviti ini murid-murid mengikut kumpulan menyediakan menu ikan goreng, sayur tumis untuk makan tengah hari.Aktiviti ini dilaksanakan pada :
Tarikh : 8 Oktober 2015
Hari : Khamis
Masa : 7.30am -11.30am

Piramid makanan sihat


Image result for piramid makanan sihat

Mendengar taklimat sebelum menjalankan aktiviti

 Memulakan aktiviti dengan membersihkan ikan

Ha...inilah ikannya...ikan kembung

Agaknya inilah kali pertama mereka merasai aktiviti membersihkan ikan

 Kerjasama mesti dipupuk sejak kecil untuk menjadi pemimpin masa hadapan

Dah siang dah...bagus, bagus

ha macamtu  tak tau tanya kawan...

Susahnya .....baunya pun boleh tahan juga...

Memotong sayur...bawang cili.... untuk menumis

Wah ,cantik ikan goreng tu...

Hiris lobak merah tu ... jangan terpotong jari pula..

lelaki atau perempuan mesti menguasai ilmu di dapur
 Tahniah..anda berjaya..silakan makan


Tuesday, October 13, 2015

Aktiviti murid-murid darjah 6 / Kayuhan anti dadah ke Pantai Remis

Pada 13 Oktober 2015 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah membawa murid-murid lepasan UPSR ke Pantai Remis, Jeram. Program ini secara tidak langsung mengajar mereka tentang gaya hidup sihat bebas dadah kerana mereka perlu mengayuh sendiri basikal mereka.















Menghargai Warga Emas / Dasar Warga Emas Negara

Dasar Warga Emas Negara

Penuaan adalah fenomena abad ke 21. Penuaan penduduk adalah realiti yang tidak dpat dinafikan. Impaknya terhadap negara bergantung kepada sejauh mana negara sedia menghadapanya. Oleh itu, pendidikan kepada murid-murid sekolah mesti dititikberatkan terutama menjauhi dadah dan menghargai warga emas.

Program warga emas di SK Sungai Serdang
PN. ARJIT KAUR A/P MALLA SINGH
10.10.1962
53 TAHUN

WARGA SK SUNGAI SERDANG BEBAS DADAH










Aktiviti Murid-murid Tahun 6 selepas UPSR / Sekolah Bebas Dadah

Masa itu emas. Murid-murid perlu diberi panduan untuk menggunakan masa terluang sebaik mungkin supaya mereka terdidik dengan aktiviti yang berfaedah dan menghindari perkara yang negatif seperti terlibat dengan dadah demi masa depan yang cemerlang dan gemilang

MURID-MURID SK SUNGAI SERDANG BEBAS DADAH

1.AKTIVITI BERKEBUN
Kebun yang akan diteroka

Mencabut ubi

Membersihkan kawasan

Melatih bekerjasama
 Membuat batas
 Mencuci peralatan berkebun
Menikmati hasil perkebunan... ubi goreng

Setelah berpenat - lelah dapatlah menikmati hasilnya

Hari Sukan Negara / Warga Sekoah Sihat Tanpa Dadah /10.10.2015

Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10.10.2015. Ianya melibatkan seluruh warga sekolah SKSungai Serdang. Warga SK Sungai Serdang bebas dadah.
Murid-murid berzumba

Aktiviti berzumba diketuai oleh Cikgu Norasyikin

FAEDAH BERSUKAN

Menurut kamus dewan, bersukan bermaksud bergiat dalam sukan. Sukan penting memastikan badan kita sihat. Jikalau kita tidak bersukan, pastinya badan kita akan mudah dijangkiti penyakit kerana kekurangan antibodi yang digunakan oleh sistem kekebalan tubuh untuk mengidentifikasi dan menetralisir benda asing, seperti bakteri dan virus. Sukan adalah penting dalam kehidupan kita supaya memastikan taraf kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik. Namun sesetengah masyarakat tetap memandang enteng dan tidak melihat sukan sebagai sebahagian dalam kehidupan kita walaupun sukan mempunyai banyak kebaikannya.
           
 Antara kebaikan yang dapat kita peroleh dengan bersukan ialah para pelajar lebih mudah untuk menerima pelajaran, bak kata pepatah Melayu akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Hal ini kerana apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Bersukan juga mampu membantu pelajar untuk fokus semasa sesi pembelajaran. Pelajar-pelajar boleh melakukan aktiviti bersukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seterusnya dapat menambahkan lagi pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan dan kebaikannya. Oleh itu, bersukan amat bermanfaat bagi pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran.
            
 Seterusnya,aktiviti bersukan dapat mengisi masa senggang seseorang individu dengan perkara yang berfaedah. Sebagai contoh, remaja yang suka menghabiskan masa dengan melepak atau bersosial boleh menggunakan masa tersebut untuk bersukan kerana masa itu emas. Dengan ini, masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat dapat dikurangkan dan imej negara dapat dipertingkatkan. Tegasnya, remaja-remaja seharusnya berfikiran positif supaya tidak terjebak dengan najis dadah kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara suatu hari nanti.
            
 Selain itu, bersukan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa yang sibuk menguruskan hal kerjaya dapat meluangkan masa berkumpul bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh, pada masa cuti sekolah ibu bapa bersama-sama dengan anak-anak mereka pergi ke taman rekreasi untuk bersukan dan beriadah pada waktu pagi atau petang. Hal ini menunjukkan bahawa kemesraan antara ahli keluarga yang renggang dapat dijalinkan dan ibu bapa juga dapat melepaskan stress dengan bebanan kerja di pejabat. Oleh itu, bersukan amat penting untuk membentuk semula kasih sayang yang kian pudar terhadap  ahli keluarga.

 Tambahan pula, aktiviti sukan dapat menyihatkan badan. Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh. Apabila badan kita berpeluh,kita akan berasa lebih segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Jika tidak bahan kumuhan yang tidak disingkirkan oleh badan akan berkumpul dan menjadi racun yang boleh memudaratkan sehingga menyebabkan kematian. Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, bersukanlah untuk memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik dan dapat memotivasikan diri kita supaya tidak malas untuk melakukan kebaikan.
           
 Kesimpulannya, ingin ditegaskan di sini bahawa bersukan adalah penting untuk memastikan kehidupan kita sihat. Sesibuk mana pun kita, bersukan tidak bolehlah diabaikan untuk kepentingan kesihatan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah. Jika kesihatan kita terjamin, kita mampu melakukan perkara yang dapat memajukan diri, keluarga, agama dan negara .


Monday, September 7, 2015

Program Intervensi murid-murid , ibu bapa dan perkembangan staff

Pada 4 September 2015 murid-murid Tahun 6, ibu bapa dan guru-guru telah hadir ke surau sekolah untuk menghadiri program intervensi restu ilmu kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 8.9.2015. Penceramah untuk program ini ialah Uztaz Mohd Ali b. Iksan daripada YAI Consultacy
 Kehadiran ibu bapa / penjaga, guru dan murid-murid
 Bersedia untuk bacaan yassin
 Murid-murid bermuhasabah diri
 Anak-anak melahirkan perasaan kepada ibu bapada atau penjaga
  

Ibu bapa, penjaga guru-guru dan murid-murid mendengar ceramah yang diberi oleh Ustaz Mohd Ali b. Iksan untuk sama-sama bermuhasabah diri.