Tanah perkuburan &Alam penjara
Susunan meja di dalam bilik PPDa
Sudut refleksologi & fotografi
Monday, August 31, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Sayang
Mengelamun entah keberapa sekian kalinya...kenangan yang sama tetap bermain di ruang mata.. antara sedar dan tidak titis-titis jernih mula mengalir membasahi pipi. Pandangannya jauh...fikirannya melayang bersama rasa sedih, pilu, kesal, geram namun kekesalan tetap menjentik tangkai hatinya.
Gotong -royong menambah bahan &menceriakan Bilik Sumber PPDa 2015
Cuba teka....nak tahu kenalah berkunjung ke Bilik Sumber PPDa SK Sungai Serdang.....
Pengawas PPDa...apa yang dibuatnya....kunjungilah lorong PPDa...
Pengawas PPDa...apa yang dibuatnya....kunjungilah lorong PPDa...
Gandingan hebat guru dan murid menghasilkan sesuatu yang luar biasa.. ayuh kunjungi BSPPDa SK Sg. Serdang
Guru dan muri-murid sentiasa berganding bahu memeriahkan aktiviti Bilik Sumber
Kajian Tindakan 2015 Unit PPDa
Kajian Keperluan
Program
Pendidikan Pencegahan Dadah
Di Sekolah Rendah Di Malaysia 2015
(Pengetahuan tentang rokok
di kalangan murid-murid lelaki
Tahap 2,SK
Sungai Serdang)
Ngabdul
Basir bin Pardi
Guru Bimbingan & Kaunseling
Suhaila bt
Samaes
Setiausaha PPDa
PENGHARGAAN
Sebuah penghargaan yang tidak terhingga saya kepada:
1. En. Hamir b. Hamzah – Guru Besar
2. En. Said idrus b. Othman – PK Kurikulum
3. Tn. Hj. Isman b. Rohani – PK Hal Ehwal Murid
4. En. Sulaiman b. Hj Mohammad Sidek – PK kokurikulum
5. Guru-guru Kelas Tahap 2
6. Keseluruhan warga SK Sungai Serdang
Kajian Keperluan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Rendah Di Malaysia 2015
(Pengetahuan
tentang rokok di kalangan murid-murid lelaki SK Sungai Serdang)
Ngabdul Basir bin
Pardi
ABSTRAK
Masalah merokok di
kalangan murid-murid sekolah semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular
secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah
dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi menyelidik pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di
sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan
dadah ini khususnya merokok di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang. Bagi tujuan triangulasi data, kajian ini
dilaksanakan secara rentasan (cross-sectional) di mana pengumpulan data
menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti soal selidik, temubual, senarai
semak dan soalan temubual berstruktur.
Implikasi daripada dapatan kajian ini dapat
mengolah masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) di sekolah rendah yang menjurus kepada program benci rokok
terutama di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang.
2) Pengaruh Rokok
Bil
|
Pernyataan
|
Ya
|
Tidak
|
1.
|
Saya pernah ingin mencuba untuk
menghisap rokok
|
7%
|
93%
|
2.
|
Saya pernah mencuba menghisap rokok
|
7%
|
93%
|
3.
|
Saya pernah menghisap rokok
|
4%
|
96%
|
4.
|
Saya memang menghisap rokok
|
1%
|
99%
|
Graf dan jadual menerangkan pengaruh merokok kepada diri mereka. Terdapat empat bahagian yang ditanya. Pernyataan pertama mengenai keinginan mencuba menghisap rokok, menunjukkan 7 responden atau 7% murid pernah ingin menghisap rokok manakala 97 orang responden atau 93% sebaliknya. Melalui graf serta jadual juga menunjukkan 4 orang yang mewakili 4% murid pernah menghisap rokok dan 99 murid atau 96% tidak pernah menghisap rokok. Seorang daripada responden atau 1% telah mengakui bahawa dirinya adalah perokok manakala 102 responden bukan perokok yang mewakili 99% daripada responden.. Ini menjelaskan bahawa ada di kalangan murid-murid lelaki Tahap 2 SK Sungai Serdang yang telah telah terjebak dengan gejala merokok walaupun tidak merokok di sekolah.
Thursday, August 13, 2015
Inovasi Bilik Sumber PPDa "Piring Terbang UFO"
Gambar menunjukkan aktiviti pdp menggunakan "Piring Terbang UFO"
Di padang murid melayangkan Piring terbang tersebut sambil meneriakkan "Kami benci dadah"
Nama Program
|
Projek Khas Inovasi Bilik Sumber PPDa
|
Piring Terbang UFO
|
|
Objektif
|
1.0 Objektif
Objektif
projek khas ini adalah untuk memastikan murid
LINUS dan Tahun 1 berupaya:
1. Mengikuti Program LINUS dan menggunakan Bilik Sumber PPDa dengan bersemangat dan bergembira.
2. Belajar matematik dari segi konsep nombor menaik dan menurun
melalui pergerakan buah dam.
3. Menanam sikap bekerjasama di antara murid untuk berjaya di dalam
pembelajaran mereka.
4. Mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata
terbuka dan tertutup.
5. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan
tertutup.
6. Memberi kesedaran bahaya penyalahgunaan najis dadah.
|
Tempoh /Tarikh
|
15 Jun 2015 – 18 Julai 2015
|
Kumpulan Sasaran
|
Murid-murid LINUS Tahun 2
|
Guru-guru PPDa
Sunday, August 9, 2015
Pertandingan penghasilan Buku Skrap PPDa 2015
Pertandingan menghasilkan Buku Skrap ini telah
diadakan pada 6 Mei 2015.
Pemenang pertandingan ini adalah seperti
berikut:
Johan
1.Ratna Kesuma Melati bt Azizi
2.Darwisyah bt Khalik
Naib Johan
1.Maisarah bt Zulkifli
2.Nurul Huda Atikah bt Mohd Imran
Ketiga
1. Nadzirah Izzati bt Saiful Anuar
2.
Ain Batrisyia bt AzmiPertandingan mendeklamasi sajak ppda 2015
Pertandingan
mendeklamasi Sajak PPDa telah diadakan pada 29 Mei 2015.
Jumlah peserta
tahap 1 ialah 16 orang manakala peserta tahap 2 ialah 18 orang.
Pertandingan
ini dijalankan di dewan sekolah dan disaksikan oleh semua murid.
Pemenang
pertandingan ini adalah seperti berikut:
Tahap 1
1. Muhammad
Aqil Aniq bin Noorsam -2G
2.Norwira
Irdanisya bt Misran-3U
3.Muhamad Aiman
bin Mohd. Ashar-3G
Tahap2
1.Amalia Nur
Amani bt Ahmal Bahrin-4C
2.Zaidatul
Insyirah bt Suhaini-6C
3.Jasmeen
Suraya Zakariya-4CPertandingan mewarna ppda Tahap 1
Pertandingan mewarna PPDa telah diadakan pada 25
Jun 2015.
Peseta terdiri daripada murid-murid Tahap 1
Pertandingan ini dijalankan di pusat sumber
sekolah
Pemenang pertandingan ini adalah seperti
berikut:
Tahun 1
1. Thurya a/p Muthu Kamara
2. Zahiyatul Humaira bt Suhaini
3. Nazriq Hizkil bin Bajuri
Tahun 2
1. Nur Azwa Safrina bt Mohd. wasnah
2. Muhammad Hariz bin Hazwan
3. Marissa Alya bt Mohd Kamal
Tahun 3
1. Nur Emelda Bella bt Zulhakimi
2. Siti Zulaikha bt Saiful Hazli
3.
Nur Farzanah bt Mohd FaisalFriday, August 7, 2015
Visi dan Misi PPDa 2015
Visi dan Misi PPDa Tahun 2015
Visi
Sekolah bebas dadah
Misi
Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kukurikulum dan pembangunan sahsiah
Visi
Sekolah bebas dadah
Misi
Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kukurikulum dan pembangunan sahsiah
Subscribe to:
Posts (Atom)