Wednesday, August 26, 2015

Kajian Tindakan 2015 Unit PPDa

Description: Image result for frame







Kajian Keperluan
 Program
Pendidikan Pencegahan Dadah
Di Sekolah Rendah Di Malaysia 2015

(Pengetahuan tentang rokok
di kalangan murid-murid lelaki
 Tahap 2,SK Sungai Serdang)

Ngabdul Basir bin Pardi
Guru Bimbingan & Kaunseling

Suhaila bt Samaes
Setiausaha PPDa






PENGHARGAAN

Sebuah penghargaan yang tidak terhingga saya kepada:
1. En. Hamir b. Hamzah – Guru Besar
2. En. Said idrus b. Othman – PK Kurikulum
3. Tn. Hj. Isman b. Rohani – PK Hal Ehwal Murid
4. En. Sulaiman b. Hj Mohammad Sidek – PK kokurikulum
5. Guru-guru Kelas Tahap 2
6. Keseluruhan warga SK Sungai Serdang

























Kajian Keperluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Rendah Di Malaysia 2015
(Pengetahuan tentang rokok di kalangan murid-murid lelaki SK Sungai Serdang)

Ngabdul Basir bin Pardi



ABSTRAK

Masalah merokok di kalangan murid-murid sekolah semakin membimbangkan. Situasi yang mula menular secara drastik ke sekolah seterusnya meracuni generasi muda ini perlulah dibendung dengan segera sebelum keadaan melarat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menyelidik pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah sebagai salah satu usaha negara memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini khususnya merokok di Sekolah Kebangsaan  Sungai Serdang.  Bagi tujuan triangulasi data, kajian ini dilaksanakan secara rentasan (cross-sectional) di mana pengumpulan data menggunakan pelbagai instrumen kajian seperti soal selidik, temubual, senarai semak dan soalan temubual berstruktur.
 Implikasi daripada dapatan kajian ini dapat mengolah masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah rendah yang menjurus kepada program benci rokok terutama di Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang.






 2) Pengaruh Rokok




Bil
Pernyataan
Ya
Tidak
1.
Saya pernah ingin mencuba untuk menghisap rokok
7%
93%
2.
Saya pernah mencuba menghisap rokok
7%
93%
3.
Saya pernah menghisap rokok
4%
96%
4.
Saya memang menghisap rokok
1%
99%


Graf dan jadual menerangkan pengaruh merokok kepada diri mereka. Terdapat empat bahagian yang ditanya. Pernyataan pertama mengenai keinginan mencuba menghisap rokok, menunjukkan 7 responden atau 7% murid pernah ingin menghisap rokok manakala 97 orang responden atau 93% sebaliknya. Melalui graf serta jadual juga menunjukkan 4 orang yang mewakili 4% murid pernah menghisap rokok dan 99 murid atau 96% tidak pernah menghisap rokok. Seorang daripada responden atau 1% telah mengakui bahawa dirinya adalah perokok manakala 102 responden bukan perokok yang mewakili 99% daripada responden.. Ini menjelaskan bahawa ada di kalangan murid-murid lelaki Tahap 2 SK Sungai Serdang yang telah telah terjebak dengan gejala merokok walaupun tidak merokok di sekolah.


No comments:

Post a Comment